SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Thursday, July 22, 2010

1965: Periksa gigi...

Program Kerajaan paling menakutkan kami ialah Pemeriksaan Gigi kepada murid-murid Sekolah Rendah seperti komeh. Kebiasaannya Doktor Gigi (Dressar) akan datang ke Sekoloh 6 bulan sekali bagi memastikan gigi kanak-kanak sekolah sentiasa bagus, baik dan tidak berpenyakit yang bahaya.

Bagi komeh bebudak sekoloh rendah ketika itu, menghadapi beberapa masalah antaranye, apabila disuruh duduk diatas kerusi pemeriksaan gigi berbesi putih tu...komeh tak selesa sebab kerusi tu tinggi, keras dan sejuk, yang keduanya Dressar tu kerja nyer kasar, dia akan "tonyoh" (tekan2) gigi komeh dgn cermin (alat pemeriksaan gigi)...adoii...sakitnya ...nok pulak gigi dia "tonyoh" gigi yang sakit...lagi pun pipi-pipi rasa sakit....dan yang paling tak suka sekali jika ada gigi yg kena cabut atau tampel....paling takut kala kena cucuk (inject)...pipi rasa tebel bete.....kebas....tak boleh becakak...lepas cabut kena gigit kapas (Gous)...adoiiii....itu lah hel nye.

Walaubagaimana pun...pemeriksaan gigi oleh Kerajaan kpd kanak2 sekoloh masa tu...bagus dibuat, kerana dapat mencegah penyakit Gusi, Ulcer, Barah Gusi atau penyakit2 lain yang mungkin akan menimpa budak2 masa tu.

TK Kerajaan kerana keperihatin kpd gigi komeh anak2 masa tu....anak2 baru lepas merdeka yang serba kekurangan...kami redha keadaan masa itu yang amat berbeza dgn senerio anak2 kita hari ini...Wassalam. TQ.

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!