SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Thursday, July 22, 2010

1965: Padang Bola Sepak Baru Sekoloh

Pembinaan Jalan Baru drpd Kg. Budu ke Kg. Chat akan melalui depan sekoloh Kebangsaan Budu (mengadap Kg. seberang Paya), Proses menambak tanah meninggikan jalan depan sekolah ini rancak dijalankan...tanah2 bukit dekat rumah arwoh de mansor disodok dan diangkut dgn lori utk menambak jalan depan sekolah Budu tadi.

Dalam masa yang sama kerja-kerja penambakan utk membesar Padang Bola Sepak Sekolah Budu yang terletak di Seberang Paya dilakukan. Sebelum Pembesaran Padang Bola Sepak ini, Padang Sepak Lama amat kecik kira2 setengah padang yang sedia ada skrg. Komeh ketika darajah 1 dan 2 (1963 dan 1964) sempat bermain dipadang yang kecik itu.

Saya masaih ingat, terdapat banyak pokok2 buah2an ditepi menghala ke Rumah Zuhdi Ustaz Hussin dan menghala ke Paya Atan Tok Empat Dolah. Manakala di kawasan tiang gol menghala ke Budu terdapat 1 Perigi "Kelong". Koem selalu basuh muka dan minum daripada air perigi setelah ianya diceduk dan menimba dgn baldi bertali panjang kira10 kaki, sapa tak reti nak "tebor" (hayun) baldi bertali itu, alamatnya maka tak dapat lah air drpd Telaga kelong tu.

Jadi, apabila tanah drpd dekat rumah Arwaj De Mansor tadi diangkut dan ditambah2 beratus2 lori maka siaplah padang ini seperti yang ada sekarang, cuma proses menanm rumput sahaja lagi yang tinggal. Seingat saya rumput2 tu di letak pun tak berapa rapat sebab tu Padang bola ini nampak bertompok2 botak sana sini. Tapi yang penting Padang untuk budak2 remaja dan Belia ketika itu ada satu tempat bermain bola.

Padang sekolah ini merupa satu rahmat kepada kanak2, sekolah, remaja, belia dan orang dewasa Kg. Budu dan lain2 Kg. kerana iannya boleh mengwujudkan silatulrahim semua peringkat.

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!