SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Thursday, July 22, 2010

1965: Darjah Tiga...Demam Kura..??

Selepas negara merdeka 1957, penjagaan kesihatan rakyat kurang diberi tumpuan dan klinik2 kerajaan belum lagi dibina di Kampung2. Kalau ada pun cuma "Klinik Bergerak" akan datang ke Kampung setiap minggu. Oleh kerana itu jika seseorang kena penyakit yang serius, jangkamasa untuk semboh (baik) lambat. begitulah terjadi kepada komeh yang membesar dalam jaman itu.

Penyakit demam kura (Malaria - berpunca drpd nyamuk) merupa ancaman kepada kami pada tahun 1960an, sesiapa yang kena demam ini badannya akan menggigil kesejukan. Jika ditekan (hempap) dgn bantal keatas badan pesakit badan orang yang menekan itu turut mengigil. Penyakit ini akan berhenti jika pesakit makan pil "Quinin" yang didapati drpd Klinik bergerak setiap minggu.

Bagi budak sekolah macam komeh, jika penyakit ini meyerang didalam bilik darjah...meja akan bergegar, dan cik gu akan benarkan pesakit ini balik kerumah. Saya pernah mengalami sakit ini, cik gu Bakri membenarkan saya balik ke rumah tetapi mesti ditemani oleh rakan yang tinggal berdekatan rumah. Jadi bagi saya rakan paling dekay rumah ialah Yem (Karim Mohd)sepupu saya. Jadi baliklah kami berdua dalam jam 9.00 pagi bertolak drpd Kelas, 1 jam lebih kemudian baru sampai ke rumah di Cherang, sebab banyak kali berhenti badan2 sakit dan pening kepala.

Sampai dirumah ayah/mak/akak akan bagi ubat "Quinin" atau "Aspro" dan suruh kita tidor. Kadang2 bila malam arwah ayoh akan mengubat cara tradisional (Trend masa itu).

Bila baik demam 5-10 hari kemudian barulah datang kesekolah semula. tapi muka dah pucat lesi dan letih nampaknyer.

Pengajaran:
Penyakit yang sama kala menyerang pesakit skrg ini, mudah sanget ubatnyer pergi jumpa Doktor Kerajaan atau Swasta yang buka 24 jam. Ubat yang diberi bagus2 daripa dulu. paling tinggi kita tak pegi sekoloh 2 hari. Jadi kemakmuran negara sekarang mempengaruhi penjagaan kesihatan penduduknyer.

TQ Kerajaan.

1 comment:

  1. Note:
    SAKIT URAT SARAF, LENGUH2 BADAN, DARAH TINGGI,DEMAM AKIBAT VIRUS CTH CAMPAK,KEPIALU,MALARIA
    • Jus herba ini boleh mengurangkan sakit2 urat saraf tidak kira usia
    • mengurangkan Lenguh2 tumit kaki, tapak kaki, & sukar berjalan akibat kerosakan saraf
    • mengurangkan Lenguh2 seluruh badan kerana sakit tua & akibat kerja berat

    SUMBER KALSIUM
    • Menambah kalsium pada tulang
    • Menguatkan semula tulang

    KENCING MANIS
    • Pesakit kencing manis makin bertambah dlm masyarakat kita.

    • Ia blh dihidapi oleh individu tanpa peringkat usia.
    • Paling menyedih kan penyakit kencing manis ini boleh merebak ke organ lain iaitu buah pinggang yg blh membawa kerosakan.

    •Maka jus herba mampu mengawal dan mencegah kerosakan buah pinggang yang berpunca dari pada penyakit kencing manis kerana risiko kencing manis akan ke buah pinggang akhir nya…memang patut mencegah dari kerosakan buah pinggang
    • Amat elok diambil bagi pesakit kencing manis yg bertujuan menjaga buah pinggang.

    • Digalakkan mengambil jus herba ini bagi pencegahan serta rawatan awal.

    info- Ia bukan lah jus herba yang memanaskan badan anda malah badan anda akan rasa selesa dan tidak panas badan.
    -Untuk mendapatkan info lebih lg tentang jus herba ini,sila hubungi en zuhairi. Penerangan akan diberikan setelah anda memaklumkan penyakit yang anda hadapi.maka jus2 herba yg sesuai akn disyorkan.

    Order: CALL,WhatsApp @
    Encik Mohd Zuhairi -
    017468 7570

    #sharepadayangmemerlukan


    ReplyDelete

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!