SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Thursday, July 22, 2010

1965: Jalan baru Kg. Budu ke Kg. Chat dibuka..

Pada tahun 1965....Jalan baru berbatu dan bertar yang ada sekarang...bermula depan Masjid Kg. Budu ke Kg.Chat - ke Kg. Peruang...dibuka, ia melalui Kg. Budu - Kg.Napel - Kg. Empar (Empau) - Bukit Perangi - Kg. Racap - Kg. Chat (depan Sek. Kebangsaan Kg. Chat) - kemudian ke Tampin dan tamat di Kg.Peruang (Jalan Peruang ke Benta / Klinik Benta yang ada skrg ...dibuka pd sekitar taun 1971/72).

Apabila siak jalan baru ni...jarak perjalanan antara Kg. Budu ke Kg. Peruang dekat sedikit dan tidaklah lagi menyusahkan dan menyeksa orang Kampung.

Jalan lama drpd Kg. Budu ke Peruang ini tidak bertar(Tanah Merah)...masalah jalan ni akan berdebu kuning...masa kereta lalu ...terutama bila musim paneh......Kenderaan ini adalah penghubung antara Benta - Budu dgn Chat ialah Kenderaan 4x4 ("JEEP Land Rover")..ianye tidak beratap..penumpang duduk (pempuan dan kanak2)..tapi penumpang berdiri (lelaki)dibelakang Jeep..demenyer akan memegang besi palang jeep...apabila Jeep bergerak...kala tak pegang palang tu..kemungkinan beso ...demenyer akan tercampok keluor jika Jeep terlanggar lubang dsbnye.

Jika hari hujan jalan tanah meraoh ini akan berlumpur pulak terutama jika malam nye hujan lebat...selalu Jeep2 ini akan lekat tayarnyer ditanah2 yang lembut...masa mengangkut penumpang bersama barang2...Getoh Keping, Getoh Buku, Ayam, Sayor dan Gula kabung...kadang2 Buoh Derian, langsat dan Mutan (jika musimnye).

Jeep ini selalu akan lekat depan rumoh Cik Gu Nil (Aki Haji Nuar Cik Gu Deraman) sbb kawasan ini ianye lembut, lekuk dan menaik bukit sikit. kadang kesian org kampung kena turun menolok Jeep tu beramei...jika tak berjaya juga ...cara lain diusahakan...antaranye ... Driver Jeep akan mencari Guni beras Siam yang dah tak pakei...ianye akan dicampok/letakkan dibawoh tayar sebagai penggalas untuk memudahkan tayar jeep itu naik semula ke jalan yang lebih keras..atau pun akan mintak pertolongan Jeep lain ...menarik...dgn wayer cable depan Jeep...jika berjaya mereka akan meneruskan perjalanan.

Moral of the story (Pengajaran cerita):
Kesukaran begini mengajar orang2 Kampung erti kesusahan selepas baru merdeka...dan apabila negara sudah maju...kita harus mengenang jasa dan budi Kerajaan membangunkan kemudahan asas di Luar bandar....!!! kerana Kerajaan yang perihatin sahaja dapat mendahulukan kesusahan rakyat...!! = 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!