SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Tuesday, March 2, 2010

BAB 12: CENGKELEK LUBUK BESOR



Kejadian ni berlaku sekitar hujung2 60an, masa tu kawas di Sekoloh Rendah Budu, berlakunya masa cuti sekolah petang hari Sabtu, jadi group kome dalam 10 orang drpd Budu dan Terap berpakatlah nok mandi di Lubuk Beso Sungei Teka. Sebab dah lama tak mandi...sapa nok main sorok2 batu pun boleh joint...ataupun sapa nak main kejor pun boleh...tak kisoh...jadi air sungei ni hari tu..besor sikit sbb dah lepas hujan dalam 2 hari kebiasaannya kalau 2 hari hujan air mesti naik.

Kawan2 pada hari tu Din Mat Noor (Adik Bro Dol), Ninggel, Tanggok, Abu Bedu Kucing, Geng2 Budu lain. ... komen mandi2 sambil main2 dgn demenya...tiba2 kaki kawas terjereloh/termasoklah dalam pasir Lubok Besor tu...lepas tu..kawas rasa kaki kawas kena tarik ke tengoh2 Lubok tu...makin kawas nak keatas ...pasir tu terjatuh kebawoh dan kaki kawas terjereloh lagi...masa tu dah terminum air..banyok kali...kawas tau masa tu kawas dah "cengkelek" daa...

Dah rasa letih ...tiba2 ada kawan lain tolong lonjok/angkat tapok kaki keatas...barulah kawas rasa kaki kawas berpijok atas pasir semula, mengkenyer...selamet lah drpd lemas dan cengkelek..bila lepas ketepi tu ...rasa2 lembek badan...terbatuk2.....sbb dah banyok terminum air Sungei Teka.

Jadi, kawas nok ucapkan terima kasih banyok2 kepada Din Mat nor, menyelametkan nyawa kawas..II

Moral of the story: Ketika itu nak mandi dan nak bersuka2/enjoy sikit punya susah..kena pergi tempat2 bahaya baru boleh enjoy...kalau tahu di mok masing2 kena kayu api...masa tu mana ada Games Boy, Komputer, VCR, E-mail, Internet, HP dll masa tu. Syukurlah sekarang negara dah maju dan makmur.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!