SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Monday, March 1, 2010

BAB 11: SUKANEKA PERTAMA KG. BUDU


Acara "Lari Dalam Guni" memerlukan kemahiran menggerakkan Kaki/Tangan/ siku serentak...

Dalam tahun 1968 Sukan Pertama Sekolah Kebangsaan telah diadakan dipadang Sekolah Kebangsaan budu, harinya hari Sabtu sbb hari Ahad Pekan Sari Benta...susah sikit nak buat hari Ahad. Sukan pada hari itu memang meriah dan seronok sebab Sekolah Keb Budu tak pernah buat Sukan...mungkin sbb Padang Bola besor belum wujud lagi..sebelum 1964/65 gitu..padang bola yang ada sekarang ni...dulu kawasan paya..terdapat sebuat telaga kelong paip dekat kawasan tiang gol hala ke rumah YB Datok Sofie skrg. Untuk membuat padang bola ini banyak tanah2 dekat bukit tepi rumah arwaoh De Mansor dan Bukit Peragin diambek dan ditimbuskan utk membuat jalan menuju ke padang sekolah kebangsaan budu ni...sebelum ada padang sebesor ini...kita cuma ada padang kecik .hampir dgn rumoh Pak Itam Cheng (Tok Empat Budu) dgn rumoh Zuhdi, saiznya setengah Padang Bola yang ada sekarang.

Jadi untuk menjayakan Sukaneka tadi supaya meriah...Urusetia membahagi2kan kepada 4 rumah..iaitu Hijau, Biru, Merah dan Kuning....rumah Hijau (Khas kepada Orang2 Kg. Terap), Rumah Biru(kepada org beloh2 Kg. Beluan, Empau, Racap dll), Rumah Merah (Utk org Kg.Budu, Napel, dll) dan Rumoh Kuning (utk org Jerning Bukit Bangkong, Kipas Besor dan sekitarnya). Orang2 kuat drpd Kg. yang ditetapkan tadi perlu bertanggungjawab membuat dan menghias pondok masing2 supaya cantik sebak ada pertandingan ....perlu menggunakan kreativiti dan kepakaran tukang2 kayu drpd kg. masing2.

Jadi lokasi rumah2 itu di dirikan di 4 sudut padang bola sepak sekolah...Rumah Terap diletakan dilokasi sudut padang bola sepak hala kerumah Zuhdi Seberang Paya, diketuai oleh Cik Gu Rogayah ...Rumah Kg. Beluan dilokasi dekat2 sudut rumah Nuar Cik Gu Deraman, dan Rumah Kg. Budu dilokasi sudut hala ke Gedung Pak itam Cheng sekarang / Sekoloh Kebangsaan dan Rumoh Jerning hala ke Pekan Budu .

Manakala starting point larian 50 kaki, lari dalam guni, lawan basikal lambat, tiup tepung dalam piring, tiup belon dll..bermula dekat rumoh Kuning...di tepi sebelah kiri Gol post hala rumah YB Datok Sofie. Paling tak buleh lupa ....ada satu acara PANJAT TIANG LICIN...ramailah hero2 kampung nak dapatkan bendera dipuncak tiang licin ...sapa dapat dia akan jadi juara...acara lain lari dalam guni, lari tutup mata, cari duit dalam tepong, lumba basikal lambat, kutip gula2, tiup belon, kukur kelapa...bowling Nyoir tak ede wehh??.

Jadi, Moral of the story (Pengajaran) cerita ini....Pemimpin Kampong kita ketika tahun itu (samada Tok Penghulu, Tok 4 dan Guru Besor, PIBG dll) telah mengamalkan pemuafakatan dan kerjasama perpaduan yang tinggi bagi memupuk semangat perpaduan sekampung, disamping iannya dapat mengeratkan tali persaudaraan dan silatulrahim antara mereka.

Jadi, kita sekarang adalah penyambung idea utk mempertingkatkan perpaduan ....melalui persatuan yang kita wujudkan samada Persatuan Belia, Politik, IKATANBUDU sesuai dgn Gagasan PM Baru kita...1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapain diutamakan.

Sekian Wassalam.

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!