SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Friday, February 26, 2010

SEJARAH KAMPUNG BUDU



Kebanyakan rumah2 penduduk Kampung Budu era 1950an dan awal 1960an...dinding rumah mereka dibuat drpd buloh atau kulit kayu dan beratapkan nipah..???

Masyarakat Kg. Budu tahun 1950an, 60an dn awal 1970 mengerjakan Tanaman Padi Tahunan untuk sara diri.






Keindahan Kampung Budu Moden sekarang...Kemudahan Asas telah disediakan oleh Pemerintah...kata orang..."POTEK DITOPI MENYALO DITONGAH...API DALAM KACO..AIR DALAM BOSI.."

Bismillahhirrahmannirahim....Assalamualaikum w.b.t Sdra/i yang saya hormati, Salam Sejahtera dan pujian2 bagi Allah dan selawat dan salam kepada Rasullah S.A.W. Junjungan Besar Nabi Muhammad, Para Sahabat dan Ambia', Aki, Wan, Sdra Mara jauh dan dekat, rakan2 kita kita yang telah kembali kerahmatullah lebih awal daripada kita....marilah kita sedekahkan fatihah kepada mereka. Tidak lupa Alfatihah dan Qul (4) kepada Allahyarham Ayahenda dan Bonda (Abdullah Omar dan Umbi binti Kssim), adik-beradik, abang dan kakak ipar, anak sedara2 saya tercinta yang pergi buat selama2nya. Terlebih dahulu saya memanjatkan Syukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah dan kurniaNya telah menggerakkan hati saya untuk menulis cerita lama berkisar di Kampung kita didalam Blog2 "KENANGAN DAN SEJARAH KAMPUNG BUDU" ini.

Seperti yang sdra/i sedia maklum bahawa Kampung Budu tanah tumpah darah kita ini merupakan sebuah Kampung Tradisi turun temurun, Kampung yang mencatatkan sejarah Pejuangan dan Pendekar serta Paglima Pahang berkumpul menentang Penjajah Inggeris yang ingin mengaut kekayaan dalam Negeri Pahang ketika itu. Kebijaksanaan mereka membaca fikiran dan tipu helah Inggeris membuatkan Inggeris naik marah dan mengecop mereka sebagai Pengkhainat Negara dan Pengganas, tetapi sebaliknya niat murni Pahlawan Pahang tersebut terdiri daripada Tok Gajah, Mat Kilau dll adalah untuk mempertahankan tanah Pahang dicerobohi oleh Mat Salleh yang rakus ini.

Menurut cerita sdra Daq dalam blognya....http://rachap.blogspot.com..mengatakan bahawa Budu/Lubuk Besar merupakan tempat yang paling strategik dan menjadi kawasan penempatan yang utama hinggalah kezaman kedatangan Penjajah Inggeris. Malah dizaman penjajahan Inggeris kawasan persekitaran seperti Bukit Engku, Kg. Gong, Lentang dan disekitarnya adalah merupakan pusat penempatan. Bukti sejarah menunjukan terdapatnya sekolah, Makamah Traditional, wakaf dibina di kawasan persekitaran Lubuk Besar, sementara Kampung Napal merupakan sebuah Tanjung yang terpisah oleh sungai Teka atau tasik.


Lubuk Besar merupakan benteng pertahanan kepada kampung-kampung lain di bahagian ulunya. Lubuk Besar tempat pertemuan 2 muara sungai yang lain yang kini dikenali sebagai Alor Budu dan Alor Gong. Banyak sejarah Hitam bermula di Lubuk Besar. Dizaman penjajahan Inggeris, Kampung Budu dibakar hanya setelah benteng pertahanan di Lubuk Besar Tumpas. Sejarah membuktikan benteng pertahanan di Napal, Parit Dalam tidak dapat bertahan dengan asakan tentera Inggeris yang disokong oleh Tentera Sepoi/Gurka. Menurut cerita-cerita orang tua, tempat-tempat pertempuran, benteng atau kubu-kubu mempertaruhkan banyak nyawa pahalawan-pahlawan Budu dan kampung-kampung lain. Atas alasan ini lah tempat-tempat ini dianggap ‘Keras’ hingga kehari ini.

Selain itu Kampung Budu merupakan sebuah Kampung yang mempunyai tanah yang subur dan hujan yang mencukupi serta dikelilingi bukit2 dan paya (sawah) serta sungai2 kecil yang cantek dan indah, juga terkenal dengan kehebatan Buah Durian D24 jenis Udang Merah, Kuching Tidor, Durian Kepala Gajah serta Durian Jantung yang lemak manis.

Lokasinya Kampung Budu ini, terletak 20 KM ke sebelah timur Bandar Kuala Lipis menghala ke Jerantut-Temerloh-Kuantan. Perjalan yang mengambil masa 45 minit. Pada peringkat awal Kampung ini wujud, dikhabarkan penduduknya membuat kerja2 sendiri seperti bertani mencari damar, manisan lebah, ubat2 akar kayu, mencari rotan disekitar hutan berhampiran, melakukan juga kerja2 menangkap ikan air tawar, bertani, bercucuk tanam, bila malam hari mereka belajar bersilat, mengaji, berzanji, marhaban dan bertapa ilmu kebatinan dan berguru ilmu2 agama, disamping bertukang, kerja kraftangan dan menganyam tikar, sumpit, bakul2 dll.

Pada kurun ke 19, apabila Mat Saleh masuk ke Tanah Melayu, sedikit demi sedikit budaya kehidupan orang Kampung yang lebih mementingkan adat resam dan persaudaraan, telah berubah. Orang2 Kampung ramai berhijrah ke Bandar2 untuk berkerja untuk makan gaji seperti brhijrah ke Bukit Koman, Empang Jaleh Penjom dan Relong Tempoyang untuk berkerja sebagai Pelombong Emas, Pekerja Ladang yang mana ketika itu juga Mat Saleh telah mengwujudkan Ladang Getah di Benta Estate dan Budu Estate yang luas. Dalam masa yang sama juga Mat Salleh telah mempratikkan Dasar Pemerintahan mereka "Pecah2 dan Perintah", maka dengan itu mereka memujuk orang Kampung yang mempunyai tanah agar menanam Pokok Getah dan menjualkan hasil getah kepada mereka dengan harga yang rendah, mereka pula akan menjual dengan harga yang tinggi kepada orang lain.

Jadi, cerita2 begini tidak banyak dipaparkan dan diketahui, oleh yang demikian maka saya cuba menuliskan kenangan dan sejarah Kampung Budu mengikut padangan dan pengalaman saya yang telah lalui semenjak 53 tahun dulu hingga sekarang, demi untuk tatapan dan bacaan ringan adik2, anak2, cucu-cicit kini dan masa akan datang. Sekurang2nya sedikit sebanyak dapat menambah ilmu yang sedia ada dalam diri masing2 disamping merapatkan silatulrahim antara Generasi Muda dan Generasi Vateran seperti kami dan abang2 serta Pak Chik, Aki dan Wan yang masih hidup.

Jika kita tanya Generasi vateran yang hidup sebelum 1960an, pasti mereka akan menceritakan suasana Kampung Budu dan sekitarnya, amat mundur dan tidak ada kemudahan asas api, air bersih, kemudahan pondok talipon, jalan raya yang baik, sekolah yang mempunyai kelengkapan, pengangkutan yang bagus, terutama pada tahun 1950an, 1960an, 1970an dan 1980an serta 1990an.

Saya akan cuba mencatatkan peristiwa2 dan kenangan yang saya lalui dengan sdra mara jauh dan dekat, rakan2 sekolah rendah, rakan sepermainan, suasana dan saat manis semasa zaman kanak dalam tahun 1960anm 70an dan 80an serta cabaran2 serta kenangan semasa berhijrah daripada Kampung Cherang yang sejuk bila malam dan amet panas bila siang ke K.Lipis, Kuantan, Selangor, Kuala Lumpur, Putra Jaya, dalam bahasa bercampur2 antara bahasa Pahang (Budu) dan bahasa bandar.

Saya mengharapkan segala cerita yang tercatat dalam Blog saya ini dapat menambah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan untuk adik, anak2 dan cucu cicit dimasa akan datang. Mungkin juga satu hari nanti bahan ini akan menjadi Bahan Penyelidikan anak-cucu-cicit kita dalam bidang Pengajian Sosial peringkat Sarjana, PHd dll. Harapannya kepada mereka nanti sudilah kiranya menyedekah fatihah kepada semua individu yang telah pergi lebih dahulu daripada kita yang akan saya tulis dan sebutkan nanti.

Akhir sekali, izinkan saya menulis peristiwa2 dalam Blog saya ini untuk dikongsi bersama-sama, mohon maaf jika sekiranya penulisan saya ini dan cerita2 dalam bahasa Pahang(Kg. Budu) tertera nama sdra/i, ia bukan bertujuan negatif tetapi sekadar menyedapkan cerita sebagai pelakun tambahan bersama menjadi "Budak Kampung", tetapi jika sekiranya menyinggung perasaan dan emosi sdra/i semasa membacanya. Ianya bukanlah disengajakan tetapi sebaliknya ia berlaku tanpa disedari...mohon maaf. Oleh itu jempulah melayari Blog saya yang tidak sepertinya..silakan.

Terima kasih

Ikhlas drpd:
ibrahim abdullah
http://ibrahim4000.blogspot.com
Facebook: 1budu dan ibrahim abdul
3hb. Mach 2010
K.Lumpur


WASSALLAM

3 comments:

  1. Bolehkan tuan bercerita sikit bab kubur Imam Muhamad di bawah pokok kundang di Terap Budu. Siapa Imam Muhamad itu

    ReplyDelete
  2. Bolehkan tuan bercerita sikit bab kubur Imam Muhamad di bawah pokok kundang di Terap Budu. Siapa Imam Muhamad itu

    ReplyDelete
  3. Bolehkan tuan bercerita sikit bab kubur Imam Muhamad di bawah pokok kundang di Terap Budu. Siapa Imam Muhamad itu

    ReplyDelete

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!