SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Friday, February 26, 2010

BAB 1: JALAN TANAH MERAH

Sesungguhnya tidak boleh dinafikan perubahan pesat Kampung Budu yang kita sayangi dapat dirasai terutama sekali berkenaan dengan Perubahan Kemudahan Asas seperti Jalan Raya, Air Bersih, Api Letrik, Rumah-rumah Moden, Kewujudan Sekolah Menengah Tkt 6, Kemudahan Permainan untuk Anak-anak dan Remaja bermain, Padang Bola, Pekan Sari Tersusun, Masjid Batu dan Klinik Komuniti Desa, Balai Raya, Agensi mengendalikan Pertanian Mukim, Bas dan Teksi dll. Semua itu telah mengubah suasana Kampung kita dengan cepat sekali. Saya akan cuba menulis (jika ada masa) semua suasana dinyatakan dari sudut pengalaman saya semasa berada di Kampung era2 60an, 70an, dan 80an. Saya akan kaitkan suasana tersebut kedalam Blog saya ini untuk tatapan rakan, sdra/i dan juga generasi akan datang.

Perubahan yang pantas ini dapat kome (kami) rasai terutama yang lahir sekitar awal/pertengahan/hujung 1950an...kome dapat melihat bagaimana proses Perubahan Kampung Budu drpd sebuah Kampung yang mundur serta terkebelakang....telah dimajukan sedikit demi sedikit oleh Kerajaan melalui Pemimpin kita seperti Arwah Dato' Seri Razak (Ayah YB Dato' Sofie skrg), Arwah Aki Samoh (Alfatihah utk 2 Pemimpin Besar ini), juga dimajukan oleh Ybhg Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin, YBhg Datok Suhaimi serta YB Datok Sofie sekarang.

Dengan membangunkan kemudahan asas yang awal sekali iaitu Jalan Raya bertar drpd Simpang Pekan Budu skrg melalui depan Sekolah Kebangsaan budu Napel... ke Bukit Perangin..ke Chat..ke Peuruang sana... Kalau tidak jalan penghubung antara Budu ke..Peruang sana hanyalah dgn Jalan Tanah Merah dan jalanya tidak rata lokok lokak..(kome panggil dulu jalan lama...jalan lama ni...lalui depan rumah Arwah Lebai Haji Kamaluddin (Ayah Tan Sri Mohd Zuki skrg)...menghala ke depan rumoh Arwah Cik gu Nil..(Aki Rahim Pilot)...kemudian terus ke depan Rumoh Arwah Cik Gu Kit'am (Guru Besor Komeh)...terus lagi melalui Empau...masulk ke Durian Rendang...ke Teko'ong...terus ke Chat...ke Peruang)....masalah Jalan Lama ni kalau nya hujan malam nyaerr...maka esoknya "lecoh" (lecak) lah jalan macam paya tanam padi....kadang2 kereta Jeep/Land Rover Togel (tak ada beratap) yang merupakan pengangkutan utamanya drpd Benta/Budu ke Peruang tu...akan melekat dalam selut semasa dalam perjalanan drpd Kg. Budu ke Kg. Chat sana...yang selalu sanget lekatnya menaik "Cenderong" (Bukit sikit) depan rumah Arwoh Cik Gu Nil (tak silap rumoh tu rumoh Arwoh Cik Gu Deraman - Ayoh Hj. Nuar Napel).....jadi bila lekat tu...Jeep yang lagi satu akan tarik..(macam Brazil Advanger dlm TV skrg)...kala tak boleh juga ...demehnya akan gunakan Guni Beras siam, batu, pasir utk menaikkan tayar yang tertanam dlm selut tu.

Kome juga melihat dan merasai bagaimana kemudahan asas yang lain diwujudkan oleh Kerajaan seperti Paip Air Bersih...Wujudkan Api Letrik. Masih ingat lagi...masa sebelum ada saluran Air paip itu.... kome semua mandi di Perigi2, diParit2 takongan Air Bukit, di Sungai Teka, di Telaga...kesusahan yang amat sanget telah kami rasai..nok pulak bila menggunakan Timba Ceduk Baldi ditelaga...nok campok beledi tu...mesti kene betol2 caranya kalau tidak ....letih jerr...air nya tak dapat dicedukk....Begitu juga kome merasai sebelum Api Letrik disalurkan kerumoh2 sekarang....semua orang Budu...menggunakan Api Pelita Minyak Tanah (Minyok Gash) jer...kaki pelita tu punye berat...sbb ada pasir diletakkan dalam kaki pelita tu....kalau tak hati2....Hidung kita jadi hitam sbb kena jelaga pelita.

Pendek kata masa kome bersekolah zaman awal 60an hingga awal 70an memang meyulitkan...tetapi selepas tahun 70an (Api letrik dah masuk)...kemudian 80an. (Air dah masuk) barulah lega sikit...bila beborok malam2 tu nampoklah batang hidung masing2...kalau tidak masa sebelum ada api letrik tu...kome beborok macam dalam perang...gelap gulita...dengor suara je...melekek..melekek ...bila nya suka....Itulah keadaan masa sebelum 60an..70an..dan..awal 80an...memang Kampung kita tu Kampung Hulu juga lahh.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!