SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Sunday, February 28, 2010

BAB 8: MUSIM DERIAN DI BUKIT RAYA (PANGAU)


Bila deme cerita pasel derian tu...telior bukan main komen disini..??apa tidaknya ...Derian Budu...The Best Derian in the Malaysia...dipanggil D24++. Jadi apa cerita bunga Derian masa ni di Kg. ye??. Sapa yang menyiasat dan membuat ricky bunga2 Deria skrg ni??....selalunya bila dalam keadaan begini...zaman dulu2 dalam tahun 60an dan 70an...arwoh bapok sedara kawas Nyang Sidi(ayoh kpd Atan Labok) akan ricky bunga Derian nii. Dia akan bermula buat ricky drpd Dusun Cherok Saga (Aki Mat Asi - cucu Panglima Perang Gabok)..kemudian Pok Sedara kawas akan pegi pulak ke Dusun Derian Arwah Cik Gu Nil(Aki Rahim Pilot/Aki Nuar Cik deraman)..kemudian dia akan meninjau ke dusun Derian Bongkok....ke Dusun Beso, ke Dusun Aki Buyong (Arwah Aki Lan Trafik)..ke Dusun Kul'ok He'ar, ke Dusun adik-beradik arwah ayoh kawas (termasuk Ayoh Yem Reno/Karim/Lias), lepas tu dia akan ke Dusun Arwah Mok kawas, dia akan naik lagi ke Dusun Chu Samsudin (Dusun kongsi Mok Halim/Zuhdi Seberang Paya), pegi juga memantau ke dusun Cik Gu Kamarioh, ke Dusun Dusun Bukit Jagong, pegi pulak ke Dusun Aki Buyung (Aki Lan/Taja/Tok 4 Adnan) naik ke Panggau, naik lagi ke Tanjung Maloh, turun balik ke Dusun Derian Ta*k, ke Dusun Tanjung Maloh - Chu Haji Rapor (Ayoh Ha/Atan Dolloh), keluor ke Dusun Ayoh Kawas di Hulu Budu pulak, keluar ke Dusun Derian Tam Sila(Ayoh Di Polis Gombak)..naik lagi ke Dusun di Parit kelur semula ke Dusun Derian Geriat last habis di Dusun Bukit Batin dekat rumah Dino.

Hoi...!!! jauhnya perjalanan dan tugas serta Ricky yang dibuat oleh Arwah Pok sedara kawas ni...Tapi dia rasa seronok dan puas hati berbuat demikian. Bila sampai kerumoh dia rehat kejap...pada petang hari itu atau esok2nya...dia akan memberitahu semua orang kampong dia jumpa, dan memberitaulah...keadaan bunga derian yang diricky tadi...dan mohon semua siap sedia...menebas bawoh pokok derian dalam bulan Jun - Ogos.

Itu semua sejarah..sekarang ni..sejak Arwah ni dah pergi nampaknya tak ada lagi orang yang membuat kerja "Ricky" ni.

Sapa agak2 yang nak jadi Sukarela???..

Walaubagaimana pun Surah Alfatihah utk Bapak sedara kawas ni(Saidi Kassim)

Alfatihah....!!!

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!