SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Monday, April 12, 2010

BAB 19: ZAMAN KONFRANTASI MALAYSIA VS INDONESIA

Pada Tahun 1964, negara kita ketika itu Tanah Melayu sedang berdepan dengan Konfrantasi dengan Negara Indonesia disebabkan perebutan Sabah dan Sarawak. Brbagai usaha telah dibuat meredakan perbalahan dua serumpun ini. Pihak Kerajaan cuba mendapatkan sokongan negara2 Asia yang lain menmatkan Konfrantasi ini.

Diperingkat Kampung, usaha2 mendidik anak2 supaya berjaga2 sekiranya Konfrantasi berpanjangan dan melibatkan kanak2 sekolah. Tidak ketinggalan di Sekolah Kebangsaan Budu, komeh dilatih menyelamatkan diri jika terdengor "Loceng Gila".

Semasa Raptai LOceng Gila ini diadakan, komeh sedang belajor subjek Ugama dibawoh pokok Derian. Tiba2 Loceng gila dibunyikan 21 kali, maka berebutlah seme komeh menyelametkan diri menghala ke "Parit Besor" berhampiran umoh arwoh De Mansor. Lama jugalah kome duduk ramei2 dlm Parit tu, mungkin dalam 1 jam.

Lepas tu kome masuk semula belajor dalam Kelas, Perkara begini berlangsung hampir 1tahun. Setelah keadaan reda barulh diberhentikan.

Moral of the story:
Keamanan yang dikecapi sekrang harus dijaga dan dipertingkatkan dari masa kesemasa. Jik berlaku peperangan semua orang dalam negara akan berasa gundah gelana, segala kerja tidak dapat dilakukan dengan aman, tenang dsbnya.

Wassallam

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!