SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Monday, March 29, 2010

BAB 17: EMPING DAN KEKALU KAMPUNG.



Gambor paya menghijau dan Bukit Raya yang membiru membuatkan kita teringet2 zaman masa kita kecik2 dulu, bila batang padi sudah meninggi dan belum berbuah pemandangan paya2 sekitar Budu, Terap, Empau, Rachap, Beluan, Chat, Kemahang, Kg. Mutan, Jerangsang, Tinbesor, Benta, Batu Boya, Jeram Besu (JB), Ulu Atok; amat cantik sekali seperti gambar pemandangan diatas. Kadang2 kita merindui suasana seperti itu.

Bila padi mula masok kome bebudak Kampung bersama2 akan ayoh dan mok masing2 menuai padi guna alat khas yang bermatakan "Razor Blade Cop Buaya" yang disepet ditangan drpd pagi hingga ke petang..panas punya lah teruk berpeloh2...minum air masak bila kehausan...berehat kejap tengahari solat Zuhur...kemudian sambung semula jam 2.30 ptg hingga kesenja...kerja2 ini memakan masa 1 bulan...yang sedapnya padi baru ini bau wangi bila dimasak atas dapor kayu.

Paling tak lupa masa padi ini setengah masak, pesta membuat "KEKALU" dan "EMPING". diadakan setiap Kampung, Paling sedap emping ni buat "SERAWA TELUR" (kuah drpd Telur dicampur dgn gula merah..kemudian emping dicampurkan sekali...Best...!!!

Ketika itu semangat gotong royong, persahabatan, kejiranan dan persaudaraan yang tinggi terjalin antara sdra mara di Kampung kita...sambil bergurau senda.

Moral of the Story:
Perpaduan antara sedara mara dipupuk oleh generasi terdahulu kepada anak2 mereka supaya satu hari nanati akan berlaku nilai2 persaudaraan, tolong menolong, bantu membantu, hormat menghormati, sayang menyayangi dll.

TK

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!