SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Thursday, April 8, 2010

BAB 18: TV KOTAK 1964


Pada tahun 1964 ketika itu komeh darjah 2...Cik Gu Komeh bernama Cik Gu Zakaria (Cik Gu Zakaria Pendek)alfatihah utk arwah cik gu nehh...dia mengajor bahasa melayu....seorang cik gu yang baik hati...lemah lembut..bersuara halus...komeh budak2 darjah 2....cukup suka dengan dia...satu hari...dia mengajok komeh seme...membuat TV Kotok (Kotak) Sabun.

TV ini dibuat daripada kotak bekas sabun buku cap topi bersaiz 1' x 1' x 1' x 1'...digamkan semua sudut2 kotok itu dengan gam "kanji", kemudian bahagian depan kotok itu ditebok empat segi...sebagai "Screen" TV untuk melihat gambornya nanti.

Kemudian, komeh disuruh mengunting kertas "majung" bersaiz kecik sikit drpd kotok tadi..lepas tu disambung2 kertas teehhh dgn digam menggunakan dgn gam kanji...kertas itu telah menjadi panjang ...sehingga beberapa kaki panjangnya. Lepas tu Cik Gu Zakarai ni akan melukiskan gambor Mat Jenin mengikut cerita dalam buku daripada mula sampei akhir jalan cerita.

Bahagian atas kotok dan bahagian bawoh kotok...dimasukan batang buloh sebagai pemutar kertas wayang tu, kemudian dimasukkan gambor Mat Jenin tadi dan dibelitkan dibatang boloh tadi.

Bila saik (siap) salah wayang dimulakan....komeh dgn berdebor nok melihat TV ni...sebab tak pernoh tgk TV...namanye pun komeh tak tahu....komeh cakak wayang kotok jerr..

Jadi, Cik Gu Zakaria akan memanggil saloh seorang drpd komeh utk memutor (memutar) gandor(gandar) buloh bhg bawoh tadi....selalunya Aziz Lonjong lah yang suka kerja2 neehh (Salam Aziz jgn marohh weehh nama ox disebut dlm cerita neehh). Sambil itu Cik Gu Zakaria akan bercerita mengikut gambor2 dilukiskan seperti dalam TV Kotok (kotak) tu..sampeilah habis.

Moral of the Story:
Bagaimana susohnya komeh nok menengok TV dan berhibur ketika itu, kotok macam itu pun boleh dijadikan hiburan...kalau anok-cucu kita lihat masa itu...memang akan merasakan pelek...tapi walau bagaimana pun komeh ..gembira ketika itu.

Berbeza buat masa itu, kemewahan bagi anok2 bebaya komeh...ketika ini...telah melimpah ruah ...nak tengok cerita TV sekarang..macam2 Setesen TV ada..astro ade, TV1, TV2 dll lagi.

Sebenornya itulah kemakmuran negara kita skrg...hasil drpd kemerdekaan negara. Oleh sebak itu lah kita harus menyayangi Bumi Tanah air kita. TK.

IBA @ Aim Kg. Cherang
http://ibrahim4000.blogspot.com/

1 comment:

  1. Mase teeh Guru Besornya Allahyarham CikGu Hitam bin Adam (Cikgu Kitam),anak jati kg Budu (Alfathihah untuk beliau dari bekas2 anak muridnya kebanyakan telah berjaye dlm kehidupan kini)
    Beliau telah mengujudkan satu mata khas pelajaran "sivik" disemua kelas dari darjoh satu sampai darjoh enam.Pelajaran sivik initermasuklah semangat petriotik untuk Negara Malaysia,senarai menteri2 Malaysia pada masa itu,Displin yang wajib diamalkan,tata negara,lagu2 petriotik dan lain2.

    ReplyDelete

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!