SELAMAT DATANG KE BLOG NOSTALGIA KG. BUDU, KG. TERAP & CHERANG..SILA KLIK TAJUK-TAJUK DIPAPARKAN ...MACAM2 CERITA ADAAA...!!! SELAMAT MELAYARINYA..!!

Friday, February 26, 2010

BAB 4: LAWATAN DYMM SULTAN PAHANG


Al-Marhum Sultan Abu Bakar - Sultan yang memerintah Pahang Tahun 1950an, 60an dan awal2 1970an.

1963 Sultan Pahang Sultan Al-Marhum Sir Abu Bakar, memang Sultan yang berjiwa rakyat, baik dan empeti kpd kesusahan rakyatnya... kesukaan dan Hobi Kebawah Duli Baginda Tuanku ..suka melawat turun padang (Walk About) tiap2 Daerah2 dalam Negeri Pahang...utk berjumpa dgn rakyat jelata...terutama bila hampir2 hampir dgn hari Ulangtahun Baginda.. paling Baginda suka akan datang ke Daerah Lipis dengan menaiki kereta Roll Royce Tinggi Hitam drp Pekan Pahang, Baginda akan berhenti di tiap Mukim dlm setiap2 Daerah2 ...utk baginda bertanya khabo dan tiap kali jumpa rakyat baginda akan bertanya....dgn suaranya yang garau...APA KHABO DEMEH???..APA KHABOR DEMEH??....sambil berjabat tangan dgn setiap orang Rakyat dia jumpa...orang2 Kampung akan beratur panjang menunggu baginda....termasuklah kome budak2 sekolah KEBANGSAAN BUDU..drpd Darjah 1 HINGGA DARJAH 6 (Ketika itu Sekolah Men SMPGAS belum wujud)......kome dgn orang kampong akan berbaris depan Kilang Padi depan rumoh De Labok...sampailah ke depan kedai Syarikat, depan kedai Alwi dan disimpang nok ke Chat.....ke depan Masjid budu..depan keei Tek' skrg...bagi kome budak sekolah akan ...mengibar2 bendera Hitam-Putih yang bertangkaikan Buluh Bedil diikat dgn getah buku...sambil menjerit sekuat hatiii....DUALAT TUANKU...DUALAT TUANKU...DULAT TUANKU ..dengan bangganya..BAGINDA AKAN BERJALAN PERLAHAN2 BERSALAMAN DGN SEMUA ORANG YANG HADIR....KERETA HITAM TADI TUNGGU hujung barisan org Kampong (depan kedei Tek'....DEPAN MASJID BUDU...TAMAT SHJA BERSALAM DGN ORANG TERAKHIR depan masjid ....Baginda Tuanku akan naik kereta balik dan teruskan perjalanan menuju ke Benta pulak, kemudian Penjom, Batu Satu, Bandar Lepeh dan akan bermalam di Istana Hinggap dekat Masjid Lepeh/Rest House sana..........Kome baliklah ke sekolah semula ramei2 ...tapi yang tak sedapnya 70% bendera2 dibawa pagi tadi ..dah koyak rabokk.......sebab kertas bendera itu dibuat drp KERTAS MAJUNG yg skrg ni kita buat lukis2 jika ada kursus/bengkel dll tu...termasuklah bendera komeh. Sekian.

No comments:

Post a Comment

BAGI PEHOK JKKK KG. BUDU/KG. TERAP...KOMEH MENGUCAKAN TERIMA KASIH SEBAK MELAWAT BLOG KOMEH....!!!