
Gambor paya menghijau dan Bukit Raya yang membiru membuatkan kita teringet2 zaman masa kita kecik2 dulu, bila batang padi sudah meninggi dan belum berbuah pemandangan paya2 sekitar Budu, Terap, Empau, Rachap, Beluan, Chat, Kemahang, Kg. Mutan, Jerangsang, Tinbesor, Benta, Batu Boya, Jeram Besu (JB), Ulu Atok; amat cantik sekali seperti gambar pemabdangan diatas. Kadang2 kita merindui suasana seperti itu. Bila padi mula masok kome bebudak Kampung bersama2 akan memijok lesung kaki (mcm iklan dalam TV) untuk membuat "KEKALU" dan "EMPING". Paling sedap emping ni buat "SERAWA TELUR"..Best...!!!
Teringet juga bila tengok paya yang menghijau ni, saat-saat membenam/menanam benih padi kedalam lumpur paya dengan menggunakan tangan kanan manakala tangan kiri memegang secekak lagi benih padi, aktiviti ini dilaksanakan secara brgotong royong ramai-ramai (orang Budu kata "Berderau"). Kerja menanam benih ni bermula jam 3 ptg dan akan berakhit jam 5.30 ptg atau 6 ptg, lepas itu tuan tanah akan menjamu semua orang berderau tadi dengan bubur beras atau bubur pulut hitam atau bubur kacang hijau..hemmmm...sedapnya.
Ketika itu semangat gotong royong, persahabatan, kejiranan dan persaudaraan yang tinggi terjalin antara sdra mara di Kampung kita.
No comments:
Post a Comment